22

Teknik membuat blok cetakkan silkscreen

Assalamualaikum.. ok kali ni saya taknak update mengenai projek yang saya lakukan. Kali ni saya nak kongsi kepada semua pembaca Sufi Printing Services cara-cara atau teknik asas untuk membuat blok cetakkan silkscreen.

Saya akan terangkan langkah-langkah membuat blok cetakkan melalui gambar. So jom kita lihat gambar-gambar dibawah :

 

1) Sediakan blok kayu seperti gambar dibawah. Kayu yang sesuai adalah kayu yang berukuran 1”x2”.

 

2) Gunting kain jaring mengikut size blok.

 

3) Kain jaring yang telah dipotong.

 

4) Stapler kain jaring keatas setiap permukaan blok cetakkan.

 

5) Pastikan anda menarik kain jaring semasa anda stapler supaya kain akan menjadi tegang.

 

6) Potong lebihan kain pada blok cetakkan.

 

7) Blok cetakkan sudah siap dan pastikan kain tegang dengan kuat.

 

8) Letakkan Photo Emulsion pada besi seperti dibawah :

 

9) Tarik besi sapuan keatas kain jaring.

 

10) Blok cetakkan sudah disapu dengan Photo Emulsion. Kemudian jemur blok cetakkan ditempat yang gelap sehingga kering sebelum proses expose gambar pada blok cetakkan.

 

Diatas adalah langkah-langkah untuk membuat blok cetakkan. Nampak mudah tetapi anda memerlukan teknik yang betul semasa membuat blok cetakkan.

Anda boleh belajar cara membuat blok cetakkan ini secara praktikal dengan menghadiri kursus yang saya anjurkan. Untuk maklumat lanjut mengenai kursus asas mencetak tshirt ini, sila klik disini.

Ok jumpa lagi di post yang akan datang. Sebarang pertanyaan boleh dilakukan disini atau call/SMS saya di talian 012-296 1085 (Firdaus)

Jom Cetak baju!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Firdaus

22 Comments

  1. smekom.bang sy ingt nk wat bju,,tp x byk la,,dlm 3 4 helai je..abg amk ke order cmto? thxs

  2. Assalamualaikum… Saya cikgu yang mengajar Seni Reka Tanda. Saya nak tanya, foto emulsion itu perlu disapu pada silkscreen dalam bilik gelap atau boleh kat tempat cerah. Ini kerana, saya buat itu di tempat gelap, namun sudah berkali2 buat, selepas dedah bila sembur dengan air, imej tak nak keluar. Naper ye? Kalau nak buat bengkel kat budak2 sekolah bleh ke? Dalam 25 orang. Berapa?

  3. nak tanya,kalau nak cetak pada baju dalam anggran 1000 pcs ke atas berapa ringgit sehelai???& kalau bawah 500 pcs n bawah 100 pcs harga masih sama ke???harga cetak termasuk harga tshirt or cuma harga mencetak sahaja tetapi design saya sendiri..tolong email kepada saya..TQ

  4. salam,saya nak tanya jika kita nak print gambar yang banyak warna macam logo “1” malaysia tu,,macam mana nak asingkan blok dia kan logo tu ada banyak warna..(kompius) mintak tolong terangkan…

    • boleh asing guna adobe illustrator atau adobe photoshop.. kene ada kemahiran disitu.. 🙂

  5. saya nak tempah blok ngan bro bleh? saya nak blok utk printing nombor jersi saiz a4 dr nombor 0 hingga 9
    brapa harga semuanya?

  6. Thanks atas info^^ biasa d mana ya boleh beli dan dapatkan kain jaring, photo emulsion dan cat yang digunakan untuk print atas baju tu…tq…

  7. slm,,, sye nk tny, photo emulsion tu harus yg berwrna biru ? apa kegunanaan photo emulsion ni ye ? terima kasih ^^

    tolong balas ke email boleh ? nnt senang kalau ade ape2 mslh … blh terus direct ask ke email sir ^^ nurmiza.ismahani@yahoo.com

  8. salam…saya nak tanya kenapa bila silk screen kain jenis honey comb kenapa tulisan nye seakan pecah …nampak berbiji…tak sharp…baru nak cuba cuba ni…

  9. Saya nak tanya, foto emulsion itu perlu disapu pada silkscreen dalam bilik gelap atau boleh kat tempat cerah. Ini kerana, saya buat itu di tempat gelap, namun sudah berkali2 buat, selepas dedah bila sembur dengan air, imej tak nak keluar. Naper ye? masalh mcm org yg penah bertnyakn tentang nyh.. tlg blas di walternun97@gmail.com

  10. awak ada jual kain jaring dengan photo emulsion tu x? kalu ada berape harga dia eh..susah nak cari

  11. Salam..saya berminat menceburi bidang ini. Bagaimanapun saya ingin mendapat penjelasan mengenai foto emulsi yang digunakan..kerana dimaklumi ia mengandungi bahan gelatin sebagai bahan utama pengemulsi..adakah ia dari jenis yang halal digunakan?..terima kasih untuk lebih pencerahan..

  12. berapakah harga Photo Emulsion tu? dan boleh kah saya menempah dari anda..

    terima kasih

  13. Assalamualaikum. Apakah cara untuk ‘sharp’kan lagi objek imej pada blok. Sbb gambar jadi tajam2 dekat tepi. Tak sharp. Mohon beri penjelasan. Terima kasih ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge