1

Katalog Baru Oren Sport

Salam sejahtera semua. Saya percaya ramai yang dah tahu jenama Oren Sport. Antara pembekal baju yang terbesar di Malaysia. Kebiasaannya Oren Sport akan keluarkan katalog baru setahun sekali sempena event KLIGP.

katalog oren sport 2015

Diatas ni adalah katalog baru oren sport 2015. Kali ni modelnya amoi cun sikit.. hehe.. ada beberapa keluaran terbaru yang Oren Sport keluarkan dan membuatkan pengguna semakin banyak pilihan untuk memilih baju kosong. Jom kita tgk apa yang terbaru dalam katalog baru ini..

quick dry oren sport

Gambar diatas adalah senarai warna yang ada untuk kain jersi ataupun kain quick dry. Ada 1 warna baru iaitu warna Royal Blue dan menjadikan semuanya ada 15 pilihan warna.

qd3

qd2

Dua gambar diatas juga merupakan patern terbaru untuk kain jenis jersi yang berkolar. Patern terbaru ni amat ohsem sekali. So kalau nk buat jersey untuk dan Kedah, JDT dan Pahang, boleh pilih patern diatas.

m2

m1

Setelah sekian lama akhirnya Oren Sport mengeluarkan patern baru untuk Baju Muslimah. Patern lama agak old skool.. Alhamdulillah patern baru ni nampak elegan sikit… Untuk patern baju muslimah yang kosong memang agak susah nak dapat kecuali buat custom made. Tapi custom made kene ada MOQ pulak kan.. so 2 patern terbaru dari Oren Sport ini memberi pelanggan lebih pilihan. 🙂

hc2

hc1

Ini pula patern terbaru untuk kain jenis polo/lacoste atau nama lain dia adalah Honey Comb. Nanti raya boleh beli setiap warna untuk buat baju raya. Lebih murah dari yang dijual di Sogo hehe..

Sebelum ni patern oren sport jenis polo / lacoste tidak ada yang ada poket didada.. patern terbaru ni ada.. memang terbaik lah.. poket dalam lagi tu.. tak perlu lagi kita custom dan tampal poket kat dada.. ohsem…

Untuk pengetahuan anda, kami di Sufi Printing Services hanya menggunakan katalog Oren Sport dan Gildan sahaja.. lain dari tu seperti enzo pun boleh.. bergantung kepada permintaan.

baju kosong

Ramai jugak yang tanya kami jenama baju kosong round neck yang biasa kami pakai.. ni kami listkan brand-brand yang kami selalu guna :

  1. Rians Sport
  2. Foursquare
  3. Alam Fashion
  4. Immaculate
  5. Emperic
  6. Nice Apparale
  7. Rambler
  8. Uno
  9. Oren Sport

Tapi yang biasanya kami gunakan nombor 1-3 sahaja.. 🙂

Ok sekian perkongsian kali ini.. next post saya review produk gildan pula.. Insyaallah

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 012-296 1085. Waktu pejabat adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Firdaus

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge