0

Cetak Baju Di Bulan Puasa

Pertama kali saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pelangan2 kami dan juga bakal pelanggan kami yang beragama islam. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menjalankan ibadah puasa pada tahun ini lagi.

Kami beroperasi seperti biasa pada bulan puasa. Cuma masa operasi tamat pada jam 6 petang. Tapi malam production masih lagi beroperasi untuk menyiapkan tempahan2 yang diterima. Alhamdulillah tempahan baju yang tak putus-putus menjadikan kami agak sibuk siang dan malam. Terima kasih jugak kepada anda yang menyokong kami selama ini. Harapnya anda berpuas hatilah dengan servis cetak baju yang kami beri 🙂

Ok lah jom kita layan gambar pulak.. gambar baju yang kami cetak disepanjang bulan puasa sehingga hari ini (27/06/2015)

Jarang sekali kami dapat pelanggan Indonesia.. pernah la jugak.. tapi sangat2 jarang.. Alhamdulillah bulan ni kami dapat.. mereka google je dan jumpa web kami.. designnya simple sahaja.. 3 warna..  kami guna 2 blok je.. baju pulak mereka guna kain cotton 160gsm. Design ni mereka buat pakai phone.. kemudian kami lukis semula guna AI..

Ok ini pula baju Twenty One Pilots.. cetakkan 3 warna juga dengan size A3.. yang ni kami guna 2 blok jugak.. bila print tu tutup warna yang tidak diperlukan.. mudah dan simple..  guna baju hitam jugak.. mostly baju hitam memang menjadi pilihan daripada warna lain.. hehe

 

Baju family day pulak.. kali ni baju warna sea blue.. printing 1 warna.. size pulak A3.. mula2 kami confius nak print warna putih atau kuning.. sebab customer pun confius.. dua2 warna ni pun naik bile print kt baju sea blue ni.. so bila dan diskad punya diskas, kami sepakat utk print kaler kuning..

Untuk pengetahuan anda, kami akan confirmkan dulu artwork dan warna dengan customer sebelum kami cetak. Bagi customer faham dan puas hati baru kami print baju. Tak boleh memandai2 buat keputusan sendiri.. kang salah kang buat nayaaaa je.. huhu

 

 

Nampak ganas kan? tapi cantik dan simple.. print 2 warna je… size A3..  design tak perlu sampai banyak warna nak cantik.. cukup dengan 1 atau 2 warna sahaja… asalkan design tu sendiri dah cun.. bila print atas baju memang lagi cantik lah..  ni baju MALAYA DISTINGUISHED REGIMENT MC

Ok sampai sini dulu.. nanti kami sambung lagi.. nak pegi jenguk production jap.. nak tgk dorg print baju ape harini.. nak snap2 then upload kat website 🙂

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 012-296 1085. Waktu pejabat adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Firdaus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge