0

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Kami

6

Saya tahu ramai bakal pelanggan diluar saya akan survey beberapa tempat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dengan siapa mereka ingin membuat tempahan baju. Saya pun akan buat begitu.. hehe..

Ok disini saya berikan anda 10 sebab mengapa anda perlu membuat tempahan baju dengan Sufi Printing Services :

#1 Kami Mempunyai Premis Perniagaan

Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order semua melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu..

Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front.

Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Sel

Ni pulak gambar dalam kedai kami.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan.

#2 Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah

Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat.

#3 Penghantaran Yang Fleksible

Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan.

Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan.

#4 Tiada Design? Kami Boleh Designkan 🙂

Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50.

#5 Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang

100% semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami..

kilang1

kilang2

kilang 3

3 cukup la kot.. nk tengok secara menyeluruh jom dtg ke pusat operasi kami di Ampang 🙂

#6 Harga Boleh Runding Sampai Jadi

Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati 🙂

Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Sebelum saya tamatkan cerita ini, jom tgk beberapa koleksi testimoni yang pernah kami terima ;

P/S : iCetakBaju.com tu adalah website kami yang lain. Takut ada yang kate kami ciplak testimoni orang pulak hehe

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 012-296 1085. Waktu pejabat adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Firdaus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge